Hari Pertama!

Hai dan Assalamualaikum buat semua pembaca. Salam perkenalan daripada saya Zee.

    Hari ini adalah hari pertama saya membina blog dan menulis di laman blog sendiri. Sebenarnya sudah beberapa bulan saya memikirkan untuk membuat blog sendiri disebabkan baru sahaja menamatkan perkhidmatan di sebuah syarikat swasta kira-kira 2 bulan yang lepas. Pada hari ini, saya tergerak hati untuk membuka laman laman youtube cara-cara untuk membuat blog dan akhirnya terciptalah blog Apa Kata Anda?.

    Kenapa saya memilih untuk membina blog?. Ini adalah kerana minat saya yang suka membaca dan menulis. Sejak berhenti kerja dan duduk dirumah, saya agak kerap menghadap telefon dan membaca banyak cerita-cerita sensasi yang ada dalam laman sosial Facebook. Dari situ saya tergerak hati untuk mula menulis seperti blogger-blogger yang lain. Amalan suka membaca ini bukanlah baru bermula ya tuan-tuan dan puan-puan, tetapi sejak dari kecil lagi saya memang suka membaca pelbagai jenis majalah dan komik termasuklah buku Mastika, komik Ujang dan Apo, majalah Wanita dan macam-macam lagi.

    Zaman kanak-kanak saya tidaklah seperti zaman kanak-kanak sekarang yang lebih menjadikan gajet sebagai salah satu alat hiburan, oleh itu, saya menjadikan buku sebagai sahabat saya. Mungkin ada yang berfikir dalam usia kanak-kanak dari mana saya dapatkan buku-buku tersebut?. Buku-buku tersebut adalah kepunyaan pakcik dan makcik saya dimana mereka juga gemar membaca. Alhamdulillah sikap suka membaca itu diwarisi pula oleh ank buah mereka ini.

    Timbulnya keinginan ingin menulis bukanlah hanya kerana saya berhenti bekerja, tetapi juga oleh kerena sokongan dari kawan-kawan yang tahu kelebihan saya. apatah lagi semasa sekolah menengah dahulu guru Bahasa Malaysia pernah memuji cara penulisan saya yang agak baik. Semoga dengan adanya blog ini, hasil penulisan saya lebih baik dan setanding dengan penulis-penulis yang lain.


Wish me luck with this new Journey!!😍

    

    

   

    

    

Comments