Posts

Hari Pertama!

Hai dan Assalamualaikum buat semua pembaca. Salam perkenalan daripada saya Zee.      Hari ini adalah hari pertama saya membina blog dan menulis di laman blog sendiri. Sebenarnya sudah beberapa bulan saya memikirkan untuk membuat blog sendiri disebabkan baru sahaja menamatkan perkhidmatan di sebuah syarikat swasta kira-kira 2 bulan yang lepas. Pada hari ini, saya tergerak hati untuk membuka laman laman youtube cara-cara untuk membuat blog dan akhirnya terciptalah blog Apa Kata Anda?.     Kenapa saya memilih untuk membina blog?. Ini adalah kerana minat saya yang suka membaca dan menulis. Sejak berhenti kerja dan duduk dirumah, saya agak kerap menghadap telefon dan membaca banyak cerita-cerita sensasi yang ada dalam laman sosial Facebook. Dari situ saya tergerak hati untuk mula menulis seperti blogger-blogger yang lain. Amalan suka membaca ini bukanlah baru bermula ya tuan-tuan dan puan-puan, tetapi sejak dari kecil lagi saya memang suka membaca pelbagai jenis majalah dan komik termasukla